Bedah Makna Lagu Pusara Di Lebuhraya oleh Rahmat Ekamatra (Maksud & Analisis)

07/10/2026Hamba
Si por las calles una guitarra me acompaña, las melodías surgen como las vías eternas por las cuales se puede andar.

Lagu Pusara Di Lebuhraya oleh Rahmat Ekamatra merupakan sebuah lagu yang menceritakan tentang sesebuah cinta antara dua insan. Percintaan ini dikenang semula apabila melalui tempat yang mengakhiri kisah percintaan. Akhirnya, kedua-dua insan meneruskan kisah hidup tanpa yang tersayang dan memilih untuk mencari cinta yang tulus dan kekal sebagai peneman hingga ke hujung nyawa.


Teroka lirik penuh lagu ini:

⭐ Lyrics.my: https://www.lyrics.my/artists/ekamatra/lyrics/pusara-di-lebuhraya


Mari selami lirik lagu Pusara Di Lebuhraya oleh Rahmat Ekamatra ini dengan lebih teliti.

Dalam perjalanan ini
Menuju destinasi
Berbagai lebuhraya dilalui
Perjalananku terhenti
Di lebuhraya ini
Terpandang pusara diam menyepi

Makna lirik dalam verse 1: Kehidupan kita sebagai manusia banyak melalui pelbagai liku-liku dan cabaran. Sepanjang perjalanan ini jugalah seringkali munculnya sama ada sekadar koma ataupun titik. Maksudnya di sini kadangkala seseorang atau rintangan yang dilalui itu menjadikan kita terhenti seketika untuk mendampinginya ataupun sebagai titik permulaan cerita cinta yang baru. Namun di sini, hanya terhenti disebabkan titik itu sudah berakhir dan hanya tinggal kenangan yang pernah dilalui dahulu.

Terbayanglah kisah lalu
Bila kau disampingku
Bagaikan temasya dalam hidupku
Kini cinta tiada lagi
Berkubur dalam sepi
Dan pusara ini menjadi bukti

Maksud verse 2: Hadirnya kisah cinta yang terdahulu membawa banyak kenangan ketika bersama insan yang pernah disayang. Cinta itulah mewarnai hidup walaupun ia hanya sementara yang hakikatnya tidak berpenghujung. Segala kenangan yang telah terkubur adalah sebagai tanda bahawa cinta pernah bersemai di dalam hidup. Memori yang terpendam inilah menjadikan kita insan yang kini kita jalani.

Betapa aku lemah di sini
Melihat cinta ini pergi
Di sini bermula bicara
Terpedaya
Dan bicara itu membunuhnya

Korus lagu Pusara Di Lebuhraya membawa maksud: Tempat pertama kali bersua dengan insan yang pernah dicintai mengenangkan tentang jiwa yang dahulunya terpegun melihat kecantikan dan keistimewaan seseorang. Ditambah lagi dengan kelembutan dan kelunakan suara membuatkan lahirnya perasaan yang menyelubungi kesunyian hati kepada rasa ingin mengenalinya dengan lebih dalam. Tapi cinta yang indah tidak setentunya berakhir dengan keindahan dan akhirnya terpisah yang tidak mungkin akan berulang lagi.

Kini engkau tiada lagi
Yang tinggal hanya mimpi
Dan cintaku yang telah bersemadi
Ku teruskan perjalanan
Ku tinggalkan impian
Ke arah tujuan cinta abadi

Dalam outro di sini: Cinta yang banyak meninggalkan kenangan suka dan duka ini telah terkubur di tempat yang pernah dilalui bersama dahulu. Namun hidup tidak hanya untuk merenung dan menanti. Maka kita hendaklah mengangkatkan kaki dan terus melangkah untuk meneruskan kehidupan selagi nyawa dikandung badan. Cinta abadi jugalah sebagai penutup dan pengakhiran yang kekal dan ini membawa maksud kembali kepada Allah kerana dunia ini hanyalah sementara.


Analisis Ringkas

🎭 Tema:

  • Cinta yang pernah tersemai.

  • Hidup yang penuh dengan kesibukan

  • Meneruskan hidup walau cinta sudah tiada

  • Cinta abadi sebagai haluan utama (cinta kepada Allah SWT)


🔍 Simbolisme:

  • Lebuhraya - perjalanan hidup yang panjang

  • Destinasi - kehidupan yang kekal selamanya

  • Temasya - keindahan dan keseronokan dalam percintaan

  • Impian - keinginan untuk mencari cinta bersama insan yang lain setelah cinta lama terputus

  • Cinta abadi - cinta kepada Allah yang Maha Esa dan kepadaNya jugalah kita akan kembali


💡 Nilai:

  • Mencintai Allah yang Maha Esa sebagai sandaran hidup di dunia yang fana

  • Sentiasa meneruskan perjalanan walau cinta yang terputus terasa amat berharga

  • Jangan mudah berputus asa

  • Segala kenangan boleh dikenang tapi jangan jadikan ia sebagai penutup jalan cerita hidup kita

  • Hidup penuh dengan cabaran dan dugaan maka jalani hidup semampunya

🎼 Pendapat tentang Elemen Muzik

Muzik yang digunakan seperti drum dan gitar membawa kita umpama berada dalam perjalanan hidup penyanyi. Perasaan rock balada secara automatik menghubungkan kita seperti berada di era 90an dan setentunya membawa banyak kenangan di zaman tersebut. Penyampaian vokal Rahmat yang tinggi tapi nipis dan tajam inilah menjadikan lagu ini terus menusuk dan menyentuh hati apabila mendengarnya. Oleh itu secara tidak langsung kita sebagai pendengar terikut-ikut untuk menyanyi bersama.

Kesimpulannya, Pusara Di Lebuhraya adalah karya yang menarik dan apabila diteroka dengan lebih mendalam menghadirkan pelbagai persoalan sama ada insan yang tersayang tersebut masih ada di dunia ataupun sudah pergi buat selama-lamanya. Ini adalah kerana tanah perkuburan jarang sekali akan berada di lebuhraya dan sememangnya lebuhraya adalah laluan yang sentiasa dipenuhi dengan kesibukan. Justeru kita boleh sahaja menilai bahawa insan tersebut masih ada namun yang tinggal hanyalah kenangan dan dibawa bersama kehidupan apabila teringatkannya kembali. Lagu inilah anatara lagu yang mencerahkan awal era 2000an suatu ketika dahulu.

🎧 Dengar lagu ini:

🟢 Spotify: https://open.spotify.com/track/7KmY7mYxf1QSSFFvfdNGAv?si=a521d79d00cb48e8

🍎 Apple Music: https://music.apple.com/id/song/pusara-di-lebuhraya/1686553406?l=id

▶️ YouTube: https://youtu.be/w7e7mGIWqhM?si=x4_dZgTNdx6tlk8b

📖 Baca juga:

Ketahui Makna Lagu Mustika oleh M. Nasir yang belum ramai dalami - Maksud & Analisis

Ketahui Makna KepadaMu Kekasih oleh M. Nasir, Jamal Abdillah & Hattan yang belum ramai selami - Maksud & Analisis

Ketahui Makna Lagu Die With A Smile oleh Bruno Mars & Lady Gaga yang belum ramai selami - Maksud & Analisis

Ketahui Makna Lagu The Fate of Ophelia oleh Taylor Swift yang belum ramai selami - Maksud & Analisis