Bedah Makna Lagu Golden oleh HUNTRX (Maksud & Analisis)

07/02/2026Hamba
a close up of a metal object on a table

Makna lagu Golden oleh HUNTRX daripada filem KPop Demon Hunters membawa mesej bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk bersinar apabila mereka berhenti menyembunyikan kelemahan sendiri dan mula mempercayai kemampuan yang dimiliki. Dalam konteks filem, lagu ini turut melambangkan keberanian untuk menerima siapa diri kita yang sebenar walaupun berdepan pelbagai cabaran dan tekanan.

Teroka lirik penuh lagu ini:

🔶Musixmatch: https://www.musixmatch.com/lyrics/HUNTR-X-Ejae-AUDREY-NUNA-REI-AMI-KPop-Demon-Hunters-Cast/Golden

Mari teroka lirik lagu Golden oleh Huntrx (Kpop Demon Hunter) ini dengan lebih teliti.

I was a ghost, I was alone
어두워진 앞길 속에 (hah)
Given the throne, I didn't know how to believe (Hah)
I was the queen that I'm meant to be (hah)
I lived two lives, tried to play both sides
But I couldn't find my own place (Oh, oh)
Called a problem child 'cause I got too wild
But now that's how I'm getting paid, 끝없이 on stage

Maksud lirik lagu Golden verse 1: Memperlihatkan perjalanan seseorang yang pernah hidup dalam kesunyian dan keraguan terhadap nilai dirinya sendiri. Kadangkala terasa tidak dipedulikan atau tidak benar-benar dikenali oleh orang lain. Walaupun diberi bakat atau peluang yang besar, dia masih sukar mempercayai dirinya layak untuk memikul tanggungjawab tersebut. Konflik menjalani "dua kehidupan" iaitu pertentangan antara identiti sebenar dengan identiti yang terpaksa ditunjukkan kepada dunia. Namun pengalaman itu akhirnya menjadi asas kepada keyakinan dan kekuatan yang dimilikinya hari ini.

I'm done hidin', now I'm shinin'
Like I'm born to be
We dreamin' hard, we came so far
Now I believe

Maksud lirik lagu Golden pre-chorus: Bahagian pre-chorus menunjukkan titik perubahan watak. Selepas sekian lama menyembunyikan identiti sebenar dan hidup dalam keraguan, dia akhirnya memilih untuk menerima dirinya sendiri. Akan tiba masanya seseorang menemui keyakinan diri dan tidak lagi takut menunjukkan identiti sebenarnya. Impian yang suatu ketika dahulu kelihatan mustahil kini mula menjadi kenyataan melalui usaha yang berterusan.

We're goin' up, up, up
It's our moment
You know together we're glowing
Gonna be, gonna be goldеn
Oh, up, up, up
With our voices
영원히 깨질 수 없는
Gonna be, gonna be golden, oh

Maksud lirik lagu Golden chorus: Kemuncak perjalanan yang dilalui memberikan pencapaian, harapan dan nilai diri yang akhirnya baru diperolehi. Kekuatan sebenar bukan hanya datang daripada kebolehan individu, malah daripada sokongan dan kepercayaan antara ikatan persahabatan dan juga semangat yang sukar digugat walaupun berdepan pelbagai cabaran. Perkara ini menegaskan tentang hidup bukan hanya untuk diri sendiri malah kebersamaan dengan masyarakat sekeliling.

Analisis Ringkas

🎭 Tema

  • Penerimaan diri

  • Keyakinan diri

  • Persahabatan dan perpaduan

  • Perjuangan menentang keraguan

🔍 Simbolisme

  • Golden - kejayaan, harga diri dan potensi yang akhirnya disedari

  • Ghost - rasa tidak dipedulikan, kehilangan identiti dan kesunyian

  • T

    hrone - tanggungjawab serta potensi besar yang pada awalnya sukar diterima

  • Shining - lambang keyakinan diri serta keberanian menunjukkan identiti sebenar

  • Voices - perpaduan, sokongan dan kekuatan apabila bekerjasama

💡 Nilai

  • Tidak berputus asa

  • Percaya kepada diri sendiri

  • Menghargai sokongan rakan dan pasukan

  • Berani menjadi diri sendiri

🎼 Pendapat Muzik yang Digunakan

Gabungan muzik pop moden dengan elemen K-pop menghasilkan suasana yang penuh tenaga dan optimis. Pendengar turut merasai perubahan vokal yang berubah dari permulaan lagu hingga ke penghujung. Ini melahirkan rasa konflik emosi watak dan berkuasa menggambarkan detik keyakinan diri yang akhirnya berjaya dicapai turut dirasai oleh para pendengar.

Kesimpulannya, lagu Golden banyak menggunakan simbol-simbol yang menggambarkan perubahan daripada seseorang yang berasa tidak yakin kepada individu yang akhirnya menemui nilai dirinya. Ia boleh memberi inspirasi kepada pendengar supaya terus percaya bahawa setiap insan mempunyai potensi untuk bersinar apabila berani menerima diri seadanya.

🎧 Dengar lagu ini:

🟢 Spotify: https://open.spotify.com/track/5Cp75TUMrHF6c8xbhdligS

🍎 Apple Music: https://music.apple.com/us/song/golden/1867521421

▶️ YouTube: https://youtu.be/yebNIHKAC4A?si=SGu2Y8zmwA7eBU9s

📖 Baca juga:

Ketahui Makna Lagu Jump oleh Blackpink yang belum ramai selami - Maksud & Analisis

Ketahui Makna Lagu The Fate of Ophelia oleh Taylor Swift yang belum ramai selami - Maksud & Analisis

Ketahui Makna Lagu Kita Usahakan Lagi yang Ramai Tidak Tahu - Maksud & Analisis