Bedah Makna Lagu Kita Usahakan Lagi oleh Batas Senja (Maksud & Analisis)
Makna lagu Kita Usahakan Lagi oleh Batas Senja menggambarkan perjalanan kehidupan yang penuh dengan usaha, harapan dan kesabaran. Lagu ini menekankan bahawa setiap impian tidak akan tercapai dengan mudah, sebaliknya memerlukan usaha berterusan serta kepercayaan kepada ketentuan Ilahi.
Secara keseluruhan, makna lagu Kita Usahakan Lagi memperlihatkan bahawa walaupun perjalanan hidup dipenuhi cabaran dan ketidakpastian, harapan tetap wujud bagi mereka yang tidak pernah berputus asa dan sentiasa berusaha.
Teroka lirik penuh lagu ini di sini:
🔶Musixmatch: https://www.musixmatch.com/lyrics/Batas-Senja/Kita-Usahakan-Lagi
Merungkai makna lirik lagu Kita Usahakan Lagi oleh Batas Senja.
Ada bahagia yang belum kita rasa
Setelah bersama usahakan semua
Kira-kira kapan waktunya tiba?
Makna lirik lagu Kita Usahakan Lagi verse 1: Setiap hari kita akan terasa objektif kebahagiaan yang diinginkan belum mencapai matlamat dan tahap yang diharapkan. Walaupun sudah berhempas pulas berusaha dengan lebih baik dari hari kemarin namun kita sedar bahawa terdapat kekurangan dalam setiap ikhtiar itu. Hanya kadangkala mampu merenung adakah usaha dan harapan yang dikerjakan akan membuahkan hasil nanti.
Segala upaya apa pun kita coba
Dan tak pernah lelah kuserahkan pada-Nya
Sang Pencipta, dengarlah doa kita berdua
Maksud lirik lagu Kita Usahakan Lagi verse 2 Usaha, doa dan tawakal adalah yang disarankan bagi umat Islam seluruhnya. Apabila kita sudah usaha sebaik mungkin janganlah lupa untuk berdoa. Tapi kalaupun tidak tercapai pada hari tersebut tetaplah bertawakal kepada Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani kerana setiap perkara yang baik setentunya balasannya pun baik. Tetaplah berserah kepada Allah S.W.T dan bersangka baik terhadapNya agar permintaan dan harapan kita dimakbulkan tepat waktunya.
Jika tidak hari ini, mungkin minggu depan
Jika tidak minggu ini, mungkin bulan depan
Jika tidak bulan ini, mungkin tahun depan
Segala harapan 'kan datang yang kita impikan
Makna lirik lagu Kita Usahakan Lagi chorus 1: Tetap redha dan bersabar dalam segala ujian dan doa. Berharap hari esok akan jadi lebih baik dari yang kita ada pada hari ini adalah membuka ruang di dalam hati agar tidak hanya pasrah tanpa melakukan apa-apa. Walaupun penat dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan mahupun tahun demi tahun, ingatlah bahawa kita hidup dalam rahmat Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyayang. Oleh itu tetaplah berusaha dari hari ke hari.
Janganlah menyerah dulu, waktu masih panjang
Ingat doa kita selalu yang tak pernah usang
Kita usahakan lagi, Sayang
Yakin waktunya 'kan datang
Maksud lirik lagu Kita Usahakan Lagi chorus 2: Berharap dan teruslah berharap kerana setiap impian yang disemaikan dalam hati, jiwa dan kalbu memberikan makna yang mengharapkan semuanya pasti tiba tepat pada masanya. Hari berganti hari, doa yang dibaca setiap hari 5 kali atau lebih menjadikan kita akan tetap teguh berdiri walau terasa masa masih panjang. Hanya kematian yang mengakhiri segala-galanya di dunia yang fana. Oleh itu kita tidak boleh mengaku kalah selagi impian yang dicari belum dikecapi.
Analisis ringkas:
🎭 Tema:
Kesabaran dan usaha berterusan
Harapan dalam kehidupan
🔍 Simbolisme:
Masa sebagai ujian dalam mencapai kejayaan
Doa sebagai kekuatan utama
💡 Nilai:
Sabar dan tidak berputus asa
Tawakal kepada Allah
Konsisten dalam berusaha
Pendapat Muzik yang Digunakan
Muzik yang moden dalam lagu Kita Usahakan Lagi dan ditambah dengan nada suara penyanyi membuat pendengar tersentuh hati apabila mendengarnya. Dengan sekali putar sahaja akan terus menerus menarik perhatian untuk mengulanginya lagi. Sehinggalah kita mampu merasakan lagu ini tersemat di dalam jiwa.
Kesimpulannya, lagu Kita Usahakan Lagi oleh Batas Senja ini benar-benar menyentuh jiwa pendengar. Ditambah lagi apabila kita cuba menghayati klip video asal yang dipaut bersama-sama dengan lagu ini melahirkan rasa ingin terus berusaha agar cita-cita kita tercapai suatu hari nanti.
🎧 Dengar lagu ini:
🟢 Spotify: https://open.spotify.com/track/1wfbqUSPWbnPjkiBA9UmoF
🍎 Apple Music: https://music.apple.com/my/song/kita-usahakan-lagi/1805708768?l=ms
▶️ YouTube: https://youtu.be/fifuvauvxvs?si=1lBv0c_BDBKSV1_9
📖 Baca juga:
Ketahui Makna Lagu The Fate of Ophelia oleh Taylor Swift yang belum ramai selami -Maksud & Analisis
Ketahui Makna Lagu Bismillah oleh Raihan yang belum ramai selami - Maksud & Analisis
Ketahui Makna Lagu Rahmatan Lil'Alameen yang Ramai Tidak Tahu - Maksud & Analisis