Bedah Makna Lagu Rahmatan Lil'Alameen oleh Maher Zain (Maksud & Analisis)

06/29/2026Hamba
The inscription Muhammad

Makna lagu Rahmatun Lil'Alameen oleh Maher Zain menggambarkan keagungan dan kemuliaan Nabi Muhammad ﷺ sebagai rahmat untuk seluruh alam. Lagu ini menekankan kasih sayang Baginda, peranannya sebagai penyatu umat serta pembawa petunjuk dan kedamaian kepada manusia sejagat.

Secara keseluruhan, lagu ini mengingatkan kita tentang kepentingan meneladani akhlak Rasulullah ﷺ dan memperbanyakkan selawat sebagai tanda cinta serta penghormatan kepada Baginda.

Teroka lirik penuh lagu ini:

🔶Musixmatch: https://www.musixmatch.com/lyrics/Maher-Zain/Rahmatun-Lil-Alameen/translation/english

Merungkai makna lirik lagu Rahmatun Lil'Alameen oleh Maher Zain

يا من صلّيتَ بكل الأنبياء
يا من في قلبكَ رحمةٌ للناس
يا من ألّفتَ قلوبًا بالإسلام

Makna lirik lagu Rahmatan Lil'Alameen verse 1: Nabi Muhammad adalah pemimpin bagi sekalian nabi dan merupakan utusan Allah yang terakhir membawa Islam kembali kukuh dan kuat di bumi Allah. Islam yang sebelum kedatangan Nabi banyak berpecah belah termasuklah yang sudah menyeleweng menyembah selain dari Allah. Maka kedatangan Nabi Muhammad membawa rahmat bagi sekalian alam yang menyatukan dan menghidupkan Islam kembali dengan redha dan rahmat dari Allah S.W.T.

يا حبيبي، يا شفيعي، يا رسول الله
بأمّي وأبي فدَيتُكَ سيِّدي
صلاةٌ وسلامْ عليكَ يا نبي

Makna lirik lagu Rahmatan Lil'Alameen pre-chorus: Nabi Muhammad adalah kekasih Allah, juga kekasih bagi para sahabat serta seluruh umat Islam yang mengingati Baginda. Pengorbanan Nabi tidak tercapai oleh akal, kepimpinan Nabi yang luar biasa. Tambahan lagi, hanya Rasulullah yang Allah kurniakan dapat memberikan syafaat kepada umat Islam yang layak menggambarkan Nabi diberikan penghormatan yang tertinggi di samping Allah S.W.T.

حبيبي يا محمد
أتيتَ بالسلام والهُدى، محمد
حبيبي يا، يا محمد
يا رحمةً للعالمينَ يا محمد

Makna lirik lagu Rahmatan Lil'Alameen chorus: Kekasih kami wahai Rasulullah , sesungguhnya mengajarkan erti keamanan, kedamaian dan memberikan petunjuk yang diamanahkan oleh Allah bagi umat manusia seluruhnya. Rahmat Baginda adalah bagi sekalian termasuklah segala makhluk yang ada di muka bumi ini. Baginda membawa rahmat yang tidak terhingga sampailah ke hari ini.

🎭 Tema:

  • Kasih sayang dan rahmat Rasulullah ﷺ

  • Penyatuan umat Islam

  • Petunjuk dan hidayah untuk seluruh manusia

🔍 Simbolisme:

  • Rahmat sebagai kasih sayang yang meliputi seluruh alam

  • Nabi sebagai penyatu umat yang berpecah

💡 Nilai:

  • Cinta kepada Rasulullah ﷺ

  • Mengamalkan ajaran Islam

  • Memperbanyakkan selawat

Pendapat Muzik yang Digunakan

Penggunaan pelbagai campuran alat muzik menjadikan lagu ini disampaikan dengan sentuhan menusuk ke dalam kalbu pendengar. Suara Maher Zain juga amat sesuai mendendangkan lagu membawa kita turut merasa kerinduan terhadap Nabi Muhammad .

Kesimpulannya, lagu Rahmatun Lil'Alameen ini mengajak kita untuk sama-sama mengingati serta memperbanyakkan Selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad . Nabi telah lebih 1400 tahun meninggalkan kita, namun mukjizat agung (Al-Quran) dan Hadith Baginda tiada pernah tandus ditelan bumi walaupun masa beredar.


Marilah kita berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad .

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

🎧 Dengar lagu ini:

🟢 Spotify: https://open.spotify.com/track/4Ifu8HPmQGUnJwwaXcG2Mj

🍎 Apple Music: https://music.apple.com/us/song/rahmatun-lilalameen/1618939257

▶️ YouTube: https://youtu.be/tBbdSzwxqyY?si=_9eMBJoKFVlq_Jh9

📖 Baca juga:

Ketahui Makna Lagu Kita Usahakan Lagi yang Ramai Tidak Tahu - Maksud & Analisis

Ketahui Makna Lagu The Fate of Ophelia oleh Taylor Swift yang belum ramai selami - Maksud & Analisis

Ketahui Makna Lagu Bismillah oleh Raihan yang belum ramai selami - Maksud & Analisis