Bedah Makna Lagu Bismillah oleh Raihan (Maksud & Analisis)
Makna lagu Bismillah oleh Raihan menggambarkan kepentingan memulakan setiap perkara dengan mengingati Allah serta menjadikan kehidupan seharian sebagai ibadah. Lagu ini menekankan nilai niat, syukur, ilmu, iman dan amalan sebagai asas dalam membentuk kehidupan yang diberkati.
Secara keseluruhan, lagu ini mengingatkan bahawa kejayaan sebenar bukan hanya di dunia, tetapi juga kehidupan di akhirat yang memerlukan bekalan iman, amal dan takwa.
Teroka lirik penuh lagu ini:
🔶Musixmatch: https://www.musixmatch.com/it/testo/Yusuf-Islam-feat-Raihan/Bismillah
Merungkai makna lagu Bismillah oleh Raihan
Dimulakan dengan Bismillah
Disudahi dengan Alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirahmati Allah
Maksud lirik Bismillah bahagian verse 1: Setiap perkara yang kita lakukan adalah dengan membaca Bismillah yang bermaksud dengan Nama Allah dan mengakhiri sesuatu perbuatan dengan Alhamdulillah yang maknanya Segala Puji Bagi Allah. Sebagai umat Islam kita meminta setiap masa agar segala amalan, tindak-tanduk dan percakapan di bawah rahmat Allah serta dipermudahkan dalam apa jua urusan seharian.
Mulakanlah kerja dengan niat yang satu
Untuk mendapatkan keredhaannya
Moga segala urusan dipermudahkannya
Agar sentiasa dalam kebaikan
Barulah hati kita kan terasa tenang
Dan bersyukur dengan apa yang ada
Makna lirik dalam verse 2 Bismillah ini pula: Setiap perbuatan bermula dengan niat dan niat yang asal adalah 'Lillahi Ta'ala' iaitu kerana Allah yang Maha Tinggi. Maka rasa syukur atas segala nikmat memberikan kita berasa mudah dan tulus menjalankan hidup setiap hari. Malah baik dan buruk menjadikan kita rasa ikhlas menghadapi musibah kerana yakin atas ketentuan dan keredhaan dari Allah.
Buruk dan baik itu ketentuan Allah
Kitalah jua yang memilihnya
Amal yang baik akan membawa syurga
Amalan buruk menempah neraka
Makna lirik chorus: Qada dan Qadr manusia sudahpun ditetapkan oleh Allah sejak dari Lauh Mahfuz lagi. Oleh itu kita sebagai umat yang perlu mencari kebenaran dalam membuat sesuatu pilihan. Syurga adalah tempat terbaik berakhirnya hidup dan semoga Neraka itu dijauhkan sejauh-jauhnya dari kita. Justeru kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap Amal Ma'ruf Nahi Mungkar
Hanyalah iman amal dan juga takwa
Menjadi bekal dalam hidup kita
Maksud lirik Bismillah dalam pre chorus ini : Memang sudah kita ketahui, iman bukanlah sekadar perasaan tapi benar-benar mencari keimanan itulah yang kita mesti lakukan. Ini kerana hanya Iman-lah yang akan kita bawa di hadapan Allah kelak.
Ilmu pelita menerangi kegelapan
Darilah ilmu datangnya amalan
Dari amalan lahirlah kasih sayang
Saling membantu dan bekerja sama
Rezeki yang ada hulurkanlah derma
Terjalin hidup harmoni bahgia
Makna lirik lagu Bismillah bahagian outro: Bermula dari ilmu menyuluh hidup yang gelap dan kosong, kemudian ilmu yang diperolehi kita amalkan agar kasih sayang hadir. Maksudnya di sini, orang yang berilmu akan saling melihat sekelilingnya penuh dengan keindahan seperti keindahan berkasih sayang yang melahirkan sikap bantu-membantu dan bekerjasama. Malah keharmonian dan kebahagiaan itu bukan datang mengetuk pintu, kita jua yang mengembara seperti mengeluarkan sedekah, derma dan seumpamanya.
Analisis ringkas:
🎭 Tema:
Kehidupan berlandaskan keimanan
Kepentingan niat dan keberkatan dalam amalan
Hubungan manusia dengan Allah dalam kehidupan seharian
🔍 Simbolisme:
Bismillah sebagai permulaan yang penuh keberkatan
Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran atas nikmat
Ilmu sebagai cahaya yang menerangi kehidupan
Amalan sebagai jalan menuju kebahagiaan dan keredhaan Allah
💡 Nilai:
Memulakan setiap perkara dengan mengingati Allah
Keikhlasan dalam niat (Lillahi Ta'ala)
Bersyukur dengan segala ketentuan
Berusaha melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan
Mengutamakan iman, amal dan takwa dalam kehidupan
Mengamalkan sikap bantu-membantu dan bersedekah
Pendapat Muzik yang Digunakan
Penggunaan kompang/tar/hadrah bersama dengan alunan suara latar yang menambah lagi kecantikan penyampaian lagu ini sungguh menambat hati. Tidak terlalu lebih dengan alatan musik, malah suara yang dialunkan menjadikan lagu ini salah satu lagu kegemaran Hamba.
Kesimpulannya, lagu Bismillah ini sungguh bermakna. Walhal makna yang lebih mendalam boleh dirungkaikan lagi namun para pembaca dan pendengar setentunya mempunyai sudut pandang yang lebih menarik.
🎧 Dengar lagu ini:
🟢 Spotify: https://open.spotify.com/track/5nI5uiC7nTEfR5K9O46vRE?si=9b313b993637480d
🍎 Apple Music: https://music.apple.com/id/song/bismillah/1082511618?l=id
▶️ YouTube: https://youtu.be/KC2EgOmrMJk?si=3IXhK65vPs-c-Gwt
📖 Baca juga:
Ketahui Makna Lagu The Fate of Ophelia oleh Taylor Swift yang belum ramai selami - Maksud & Analisis
Ketahui Makna Lagu Kita Usahakan Lagi yang Ramai Tidak Tahu - Maksud & Analisis
Ketahui Makna Lagu Rahmatan Lil'Alameen yang Ramai Tidak Tahu - Maksud & Analisis