Komik Tempatan, Cerita Global
Peti Komik BN merupakan sebuah platform untuk artis-artis tempatan untuk mempamerkan karya komik mereka.
Orang ramai juga boleh membaca komik-komik yang terdapat di perpustakaan digital secara percuma.
Kongsi Karya. Ekspres Seni. Serlah Potensi
Soalan-Soalan Lazim
Apa itu Peti Komik BN?
Peti Komik BN adalah platform arkib digital khusus untuk mempromosi dan mempamerkan karya komik asli daripada pelukis dan pengkarya tempatan di Brunei.
Apakah jenis komik yang diterima?
Kami menerima pelbagai format komik asli, termasuk:
Komik Strip (Siri pendek 4-panel)
Webtoon (Format vertical scroll yang mesra peranti mudah alih)
Komik Siri (Cerita pendek bersambung)
Adakah karya saya akan diterbitkan?
Ya, karya yang terpilih akan dipaparkan dalam arkib digital Peti Komik BN. Semua hak cipta karya kekal milik artis asal sepenuhnya.
Bagaimana cara untuk menghantar komik saya?
Gunakan borang "Submit Your Comic" di laman web kami. Pastikan fail dihantar dalam resolusi tinggi untuk kualiti paparan terbaik.
Apakah kriteria pemilihan karya?
Kami mengutamakan karya asli yang kreatif, mempunyai penceritaan yang menarik, dan sesuai dengan nilai budaya tempatan. Setiap penyertaan akan diteliti untuk memastikan kesesuaian dengan standard arkib kami.
Berapa bayaran untuk menyiarkan komik di sini?
Peti Komik BN adalah platform komuniti percuma untuk menyokong dan meraikan bakat pelukis komik tempatan. Tiada bayaran dikenakan untuk memaparkan karya anda.