Senarai Manifesto

01. Menyelenggara Infrastruktur Jalan Bersama

(Program Sukarelawan & Penyelenggaraan Infrastruktur Jalan Komuniti)

Menubuhkan NGO tempatan yang dianggotai oleh sukarelawan penduduk Gadek sendiri bagi melaksanakan pembaikan segera lubang-lubang kecil dan sederhana sementara menunggu pembaikan menyeluruh oleh pihak berkuasa.

02. Melindungi Nyawa & Harta Benda

(Sistem Amaran Awal & Pemantauan Banjir dan Tanah Runtuh Komuniti)

Menyediakan sistem amaran awal yang sistematik untuk memberi peringatan awal kepada penduduk sebelum air naik atau tanah bergerak.

03. Memperkasakan Belia Melalui Ekonomi Digital

(Pusat Studio Belia Digital & Keusahawanan Gadek)

Membantu ramai belia berpotensi menjadi usahawan dan memasarkan produk tempatan yang unik ke luar kawasan tanpa terbeban dengan kos menyewa kedai atau premis perniagaan yang tinggi.

04. Memperbaiki Kediaman & Peluang Pelancongan Homestay

(Skim Pembaikan Rumah Rakyat & Pembangunan Homestay Kampung)

  • Melaksanakan skim bantuan pembaikan rumah berskala kecil untuk keluarga berpendapatan rendah dan rumah berisiko kerosakan.

  • Menyediakan panduan, latihan, dan sokongan teknikal kepada penduduk yang berminat menukar sebahagian rumah mereka menjadi pusat penginapan homestay.

05. Membangunkan Ekonomi Tempatan

(Program Perladangan Kelapa Sawit Mikro & Jambatan Timbang Komuniti)

  • Memperkenalkan skim bantuan perladangan kelapa sawit berskala mikro untuk pemilik tanah keluarga.

  • Menetapkan harga pembelian yang telus dan adil mengikut harga pasaran semasa.