Selamat Datang Ke Taska Bunga Raya
Kami menyediakan penjagaan anak yang mengasuh dan penuh kasih sayang serta bimbingan untuk bayi dan kanak-kanak dalam persekitaran yang selamat dan gembira. Program kami disesuaikan dengan peringkat perkembangan anak anda, memastikan pertumbuhan yang optimum.
Perkhidmatan Kami
Baby
3 Bulan-1 Tahun
Toodler
2 Tahun-3 Tahun (Awal)
Playschool
3 Tahun (Yang Sudah Mula Mahir Sahaja)-4 Tahun
Sudah Berdaftar


Kanak-Kanak Demi Masa Depan Negara
Terdapat beberapa hadith sahih yang menekankan pentingnya memelihara kebajikan dan hak kanak-kanak. Salah satu hadith yang sangat jelas tentang perkara ini ialah:
“Bukanlah dari kalangan kami orang yang tidak menyayangi anak kecil kami dan tidak menghormati orang tua kami.”
(Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, At-Tirmizi, dan Abu Dawud. Dalam Sunan At-Tirmizi, hadith ini dinilai sahih oleh ramai ulama hadis).
Prinsip Kami
FALSAFAH
Setiap kanak-kanak ibarat bunga raya yang unik. Ia memerlukan kasih sayang tulus, penjagaan teliti, persekitaran selamat dan bimbingan tepat untuk mekar dengan indah, kuat dan teguh.
Kami percaya kanak-kanak yang diasuh dengan kasih, dididik dengan ilmu dan dibimbing dengan nilai murni akan membesar menjadi insan yang seimbang dari segi rohani, emosi, jasmani dan intelek — kebanggaan diri, keluarga, agama dan negara.
MISI
1. Menyemai kasih sayang dan nilai murni untuk membina keperibadian mulia.
2. Menyediakan persekitaran selamat, bersih dan kondusif untuk perkembangan seimbang.
3. Melaksanakan pembelajaran kreatif, seronok dan sesuai mengikut peringkat umur.
4. Melatih kanak-kanak menjadi berdikari dan yakin diri.
5. Memperkukuhkan kerjasama erat bersama ibu bapa dan komuniti.
6 TERAS PERKEMBANGAN
-Perkembangan Bahasa komunikasi dan literasi Awal
-Perkembangan Awal matematik Dan logik
-Perkembangan Kreativiti dan Estetika
-Perkembangan Fizikal
-Perkembangan Sahsiah Sosioemosi dan Kerohanian
-Perkembangan
-Perkembangan Deria Dan Dunia persekitaran
VISI
Menjadi pusat asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang cemerlang, berintegriti, melahirkan generasi beriman, berakhlak mulia dan berdaya saing selaras dengan lambang kekuatan dan kebanggaan negara.
MOTTO
MENYEMAI KASIH,
MELESTARIKAN HARAPAN
Aktiviti Perkembangan Kanak-Kanak
Mandi Dan Memakai Pakaian
1) mengeluarkan tuala dan pakaian yg hendak dipakai
2) menanggalkan baju dan seluar
3) menanggalkan pempers yang dipakai,buang di tong Sampah
4) membuang air kecil dan membasuh kemaluan,mengepam tandas
5) membasahkan badan dengan air dari Kaki ke atas
6) mengambil sedikit sabun meratakan ke badan dan menggosok anggota badan
7) membersihkan kepala dengan sabun
8) membilas badan dengan bersih serta mengelap badan hingga Kering
9)Memakai seluar dan baju dengan betul
10) menyikat rambut dengan kemas
11)menyidai tuala
Aktiviti Makan
1) Membaca doa
2) makan Dan minum dengan tertib
3) menghabiskan makanan
4)Membaca doa selepas makan
5) meletakkan pinggan dan cawan ke singki
Aktiviti Tidur
1)Membaca doa tidur
2) Membaca Surah Al Fatihah Dan Surah Al Ikhlas,Surah Falaq,Surah An-Nas
3)menghembuskan ketangan dan menyapu muka hingga kaki
4)Baring mengereng ke kanan
5) Tidur
JADUAL TASKA
-7:30 mandi/urus diri
-8:00 sarapan - Roti biskut/air susu
-8-30 Circle Time nyanyian negaraku/lagu PERMATA
9:00- kraf dari Jalur gemilang
-10:00 makan buah Epal merah/minum air masak
- toilet train -
-11:00 Trace name
- -12:20 makan tengah hari- Nasi /Ayam masak kicap/air masak
- 1:30 - tidur
- 3.50 Mandi urus diri
- 4:10 minum petang Roti dan coklat/air masak
- 4:30 - main slide
- 5:30 pulang